
Program Kelas Harmoni Mualaf (KHM) telah berjalan seperti biasa di Surau Al-Falah, Kg. Linukaan, Kota Marudu dengan penyertaan para pelajar mualaf yang menunjukkan komitmen yang sangat baik dalam pembelajaran.
Pada sesi kali ini, tahniah diucapkan kepada Pn. Sahijah dan Pn. Jessie yang telah berjaya melangkah ke peringkat bacaan Iqra’ yang baharu. Tahniah juga kepada semua pelajar atas peningkatan yang sangat memberangsangkan dalam pembelajaran mereka.
Pengisian kelas pada hari ini memberi fokus kepada pembelajaran dan penelitian hukum-hukum tajwid dalam Surah Al-Fatihah. Melalui bimbingan berterusan, bacaan para pelajar menunjukkan perkembangan yang positif dari semasa ke semasa.
Diharapkan usaha ini dapat diteruskan secara konsisten agar para pelajar terus meningkatkan kefahaman dan penguasaan bacaan Al-Quran dengan lebih baik. Alhamdulillah.
