
Kunjungan hormat KDMRS Muslim ke Baitul Salam, Lembaga Zakat Selangor telah diadakan sebagai platform perbincangan strategik dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama antara kedua-dua pihak.
Pertemuan ini memberi fokus kepada usaha membuka ruang kolaborasi, khususnya dalam memperkasa dan menyantuni golongan mualaf secara lebih tersusun dan berterusan. Perbincangan yang dijalankan turut menjurus kepada potensi kerjasama jangka panjang dalam aspek dakwah, kebajikan serta pembangunan komuniti sasaran.
KDMRS Muslim berharap agar kunjungan ini menjadi titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih erat dan sistematik, seterusnya memberi manfaat yang berpanjangan kepada ummah secara keseluruhan.
Â
