
Program Retreat KDMRS Muslim telah berjaya dilaksanakan di Pejabat KDMRS Muslim 2 sebagai platform strategik bagi memperkukuhkan hala tuju organisasi serta mempertingkatkan keberkesanan gerak kerja setiap jabatan.
Sepanjang program berlangsung, pelbagai slot pengisian telah diadakan bermula dengan Big Picture KDMRS Muslim, yang memberi gambaran menyeluruh berkaitan visi, misi dan hala tuju organisasi.
Program ini turut diteruskan dengan sesi penerangan dan perbincangan melibatkan beberapa jabatan utama iaitu Jabatan Pembangunan Modal Insan, Jabatan Operasi KDMRS Muslim, Jabatan Hubungan Strategik, serta Jabatan Perkhidmatan Korporat. Setiap sesi memberi fokus kepada penambahbaikan strategi, penyelarasan gerak kerja serta pengukuhan peranan jabatan masing-masing dalam mencapai objektif organisasi.
Selain itu, program turut diserikan dengan sesi perkongsian PPP, yang memberi ruang kepada perkongsian idea, pengalaman serta cadangan penambahbaikan dalam memperkukuhkan prestasi organisasi secara keseluruhan.
Program ini diharapkan dapat memperkukuhkan sinergi antara jabatan serta meningkatkan kecekapan pengurusan dalam memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.
Â
Â
Â
Â
Â
Â
