
Program Sumbangan Bakul Makanan kepada Asnaf Mualaf di Menggatal telah dilaksanakan oleh KDMRS Muslim sebagai sebahagian daripada usaha kebajikan dalam menyantuni komuniti mualaf yang memerlukan.
Melalui program ini, diharapkan bantuan yang disalurkan dapat membantu meringankan keperluan harian para penerima, di samping menyantuni kebajikan asnaf mualaf dengan penuh rasa ihsan dan tanggungjawab.
Pihak KDMRS Muslim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang telah menyumbang dalam menjayakan program ini. Semoga segala sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran yang berlipat ganda serta keberkatan daripada Allah SWT.
