
Program Bengkel Terjemahan Al-Quran Bahasa Etnik Sungai telah berjaya dilaksanakan oleh KDMRS Muslim sebagai salah satu inisiatif dalam memperkasakan kefahaman Al-Quran dalam kalangan komuniti etnik tempatan, khususnya masyarakat Sungai.
Bengkel ini bertujuan untuk memperluaskan usaha penterjemahan Al-Quran ke dalam bahasa etnik bagi memudahkan pemahaman isi kandungan Al-Quran serta mendekatkan masyarakat kepada ajaran Islam dengan lebih berkesan.
