Forum – Ramadhan! Jangan Tinggal Daku!

KDMRS Muslim
7 7 people viewed this event.

15 Mac 2026 | Mini Dewan Masjid At-Taqwa, Kota Marudu, Sabah

Program “Ramadhan! Jangan Tinggal Daku!” telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti setempat dalam usaha menyemarakkan penghayatan bulan Ramadan.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Al-Fadhli Imam Mohd Rejam bin Mohd Lampugas yang mewakili JHEAINS Kota Marudu, bersama wakil-wakil organisasi seperti Ramag Agro Farm, Belia USIA, NGO Rahmah, Masjid At-Taqwa, Persatuan Siswazah Sabah, Hidayah Centre Foundation serta YADIM Kota Marudu.

Antara pengisian utama program ialah forum bertajuk “Ramadhan! Jangan Tinggal Daku!” yang memberi penekanan kepada kepentingan menghayati Ramadan dengan penuh kesedaran dan keimanan. Program turut disusuli dengan penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf, diikuti majlis berbuka puasa bersama serta solat Maghrib berjemaah yang berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah dan kebersamaan.

Penganjuran program ini bukan sahaja memberi manfaat dari sudut pengisian rohani, malah turut memperkukuhkan hubungan silaturahim antara pelbagai pihak dalam komuniti setempat.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang, penaja, jawatankuasa serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

 

 

Date And Time

15/03/2026 @ 12:00 AM to
15/03/2026 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top