
7 Mac 2026 | Kg. Popot, Kudat, Sabah
Program Majlis Iftar Mualaf Pedalaman Sabah 1447H / 2026 anjuran KDMRS Muslim telah berlangsung di Kg. Popot, Kudat. Program dimulakan dengan ketibaan para peserta, diikuti dengan sesi tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Dzulkarnain Manarus. Dalam sesi ini, beliau berkongsi pengisian rohani dan peringatan tentang kepentingan menjaga ibadah puasa dengan penuh penghayatan serta menghindari amalan yang boleh mengurangkan pahala.
Seterusnya, Ustazah Siti Nornaziela membacakan Al-Quran, menambahkan keberkatan majlis dan mencetuskan suasana penuh kerohanian bagi para peserta dan komuniti setempat. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Puan Nur Alya Humaira, Ketua Tim C, yang menyampaikan penghargaan kepada semua sukarelawan serta peserta yang hadir dan menekankan kepentingan menyantuni komuniti mualaf serta memperkukuhkan ukhuwah Ramadan di kawasan pedalaman.
Para hadirin kemudian menikmati majlis berbuka puasa dengan hidangan makan ringan dan berat, sambil merasai suasana penuh kebersamaan dan ukhuwah antara sukarelawan dan komuniti setempat.
Selanjutnya, diadakan sesi penyerahan sumbangan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan KDMRS Muslim terhadap komuniti mualaf di Kg. Popot. Program diakhiri dengan sesi fotografi bersama para peserta dan penduduk kampung sebagai kenangan indah serta simbol kerjasama yang erat sepanjang penganjuran program ini.
Melalui program ini, diharapkan ukhuwah antara KDMRS Muslim dan komuniti mualaf di kawasan pedalaman terus diperkukuhkan, sambil memberikan sokongan rohani, moral, dan kebajikan yang berterusan.
Â
Â
Â
Â
Â
