Iftar Pedalaman – Surau Mursyidah, Kg. Mamaitom, Kemabong, Tenom, Sabah

KDMRS Muslim
54 54 people viewed this event.

5 Mac 2026 | Surau Mursyidah, Kg. Mamaitom, Kemabong, Tenom, Sabah

KDMRS Muslim meneruskan inisiatif Majlis Iftar Mualaf Pedalaman Sabah 2026 dengan tujuan memberi sokongan rohani dan kebajikan kepada komuniti mualaf di Kampung Mamaitom, Kemabong, Tenom. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha menyantuni komuniti mualaf serta mengeratkan ukhuwah Ramadan di kawasan pedalaman Sabah.

Program dimulakan dengan sesi tazkirah bertajuk “Kerugian Ketika Berpuasa” yang disampaikan oleh Ust. Dzulfikry Dumatin, Pengarah Jabatan Operasi KDMRS Muslim, memberikan pengisian rohani kepada para peserta dan penduduk setempat. Seterusnya, Ustazah Farihah, Pegawai Program KDMRS Muslim, berkongsi ucapan dan harapan beliau sempena penganjuran MIMPS 2026, manakala Tuan Mohd. Arif bin Ayub, Pengerusi Surau Mursyidah, menzahirkan rasa syukur atas majlis ini dan mengharapkan program serupa dapat diteruskan pada masa hadapan.

Program diteruskan dengan sesi penyerahan sumbangan kepada para asnaf mualaf di Kampung Mamaitom sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada komuniti yang memerlukan. Para hadirin kemudian menikmati majlis berbuka puasa bersama dalam suasana penuh ukhuwah dan keakraban. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama penduduk kampung, menandakan kenangan indah sepanjang program ini.

Melalui penganjuran program ini, diharapkan hubungan antara KDMRS Muslim dan komuniti mualaf pedalaman dapat terus diperkuatkan, sambil memberikan sokongan rohani dan moral yang berterusan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Date And Time

05/03/2026 @ 12:00 AM to
@ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Gandakan Pahala dengan