Iftar Pedalaman – Masjid Al-Baiah, Kg. Pulutan, Nabawan, Sabah

KDMRS Muslim
30 30 people viewed this event.

3 Mac 2026 | Masjid Al-Baiah, Kg. Pulutan, Nabawan, Sabah

Program Majlis Iftar Mualaf Pedalaman Sabah 1447H / 2026 anjuran KDMRS Muslim telah berlangsung di Masjid Al-Baiah, Kampung Pulutan, Nabawan sebagai sebahagian daripada usaha menyantuni komuniti mualaf serta masyarakat setempat di kawasan pedalaman Sabah sepanjang bulan Ramadan.
Program dimulakan dengan persediaan untuk berbuka puasa yang dilakukan bersama oleh para sukarelawan dan komuniti setempat bagi memastikan kelancaran majlis.

Seterusnya, para hadirin menikmati majlis berbuka puasa bersama dalam suasana penuh ukhuwah dan kebersamaan antara sukarelawan, komuniti mualaf serta penduduk setempat. Selepas berbuka puasa, para jemaah bersama-sama menunaikan solat Maghrib serta solat sunat gerhana bulan secara berjemaah. Selesai solat, khutbah sempena peristiwa gerhana bulan telah disampaikan oleh Ust. Awang Malik, Pegawai Unit Dakwah JAKIM Daerah Nabawan, yang memberikan penerangan dan penghayatan mengenai fenomena tersebut menurut perspektif Islam.

Program turut diisi dengan sesi penyerahan sumbangan bakul makanan kepada para asnaf sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap komuniti yang memerlukan. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama para tetamu yang hadir dalam Majlis Iftar Mualaf Pedalaman Sabah (MIMPS) KDMRS Muslim sebagai kenangan serta simbol ukhuwah antara semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

Date And Time

03/03/2026 @ 12:00 AM to
03/03/2026 @ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

Share With Friends

Scroll to Top

Gandakan Pahala dengan