Iftar Pedalaman – Surau An-Nur Iman Kampung Sapagaya, Lahad Datu, Sabah

KDMRS Muslim
20 20 people viewed this event.

4 Mac 2026 | Surau An-Nur Iman, Kampung Sapagaya, Lahad Datu, Sabah

Program Majlis Iftar Mualaf Pedalaman Sabah merupakan salah satu inisiatif kebajikan yang dianjurkan oleh KDMRS Muslim bagi menyantuni komuniti mualaf di kawasan pedalaman Sabah. Bagi lokasi ke tujuh, program telah dilaksanakan oleh Team A di Surau An-Nur Iman, Kampung Sapagaya dengan penglibatan komuniti mualaf dan penduduk setempat yang hadir bersama memeriahkan Majlis Iftar.

Antara pengisian program yang dijalankan termasuk sesi penyerahan sumbangan kepada komuniti mualaf sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap kebajikan mereka. Majlis turut diserikan dengan ucapan daripada Tuan Haji Nicholas Sylvester yang menzahirkan penghargaan kepada para sukarelawan, penyumbang dan komuniti setempat yang hadir menjayakan program ini.

Program juga diisi dengan sesi tazkirah, yang memberikan pengisian rohani kepada para hadirin mengenai kelebihan bulan Ramadan serta kepentingan memperkukuhkan iman dan amalan dalam kehidupan seharian. Melalui penganjuran program ini, diharapkan hubungan ukhuwah antara sukarelawan dan komuniti mualaf dapat terus diperkukuhkan serta memberi semangat dan sokongan kepada mereka dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.

Pihak KDMRS Muslim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang dan sukarelawan yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.

 

 

 

 

 

Date And Time

04/03/2026 @ 12:00 AM to
@ 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

Share With Friends

Scroll to Top

Gandakan Pahala dengan