
🌐 PERJUMPAAN PASUKAN PENTERJEMAH ETNIK KDMRS MUSLIM
🗓️ 29 Jun 2025
📍 Pejabat Pusat Operasi, KDMRS Muslim, Putatan
Alhamdulillah, satu perjumpaan bermakna telah berlangsung melibatkan Pasukan Penterjemah Etnik KDMRS Muslim, yang turut dihadiri oleh:
🔹 Tuan Haji Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah
Pengerusi & Ketua Pengerusi Eksekutif KDMRS Muslim
🔹 Ustaz Dzulfikry Dumatin
Ketua Jabatan Operasi KDMRS Muslim
Perjumpaan ini menjadi medan perkongsian idea, perancangan strategik serta pengukuhan gerak kerja penterjemahan etnik salah satu teras penting dalam misi dakwah KDMRS Muslim.
💬 Sesi perbincangan berlangsung dalam suasana penuh semangat dan ukhuwwah, memperlihatkan komitmen tinggi pasukan dalam memperluas mesej Islam ke dalam pelbagai bahasa etnik secara efektif dan inklusif.