Kunjungan Hormat ke Pejabat JHEAINS Sabah

KDMRS Muslim, JHEAINS
10 10 people viewed this event.

📅 19 Mei 2025
📍 Pejabat JHEAINS, Sembulan, Kota Kinabalu

Alhamdulillah, satu kunjungan hormat penuh makna telah berlangsung di Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang menyaksikan kehadiran Tuan Haji Nicholas Sylvester bersama rombongan bagi bertemu dengan YBhg. Datuk Ustaz Jumain bin Abdul Ghani, Pengarah JHEAINS.

Tujuan kunjungan ini adalah untuk memperkukuh hubungan silaturrahim serta membuka ruang perbincangan strategik ke arah kerjasama yang lebih mantap antara KDMRS Muslim dan JHEAINS.

Antara agenda utama yang dibincangkan termasuk:
🔹 Pemerkasaan pembangunan mualaf melalui sokongan berterusan
🔹 Pelaksanaan program outreach bersepadu di kawasan pedalaman dan luar bandar
🔹 Perancangan program kemasyarakatan dan pendidikan Islam yang inklusif dan mesra komuniti

Pertemuan ini mencerminkan komitmen bersama dalam memastikan setiap saudara baru Islam diberi perhatian, bimbingan dan sokongan yang berterusan bukan sahaja dari aspek kerohanian, malah kebajikan dan integrasi sosial.

Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh, demi manfaat umat Islam di Sabah secara keseluruhan, khususnya dalam memperkasakan komuniti mualaf yang merupakan aset penting dalam pembangunan Islam negeri ini.

 

Date And Time

19/06/2025
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Gandakan Pahala dengan