Sambutan Hari Raya Kelas Harmoni Mualaf

KDMRS Muslim, Ustazah Amimi
12 12 people viewed this event.

Sambutan Hari Raya Kelas Harmoni Mualaf (KHM) – Kampung Linukaan.

📍 Surau Al-Falah, Kampung Linukaan
📅 02 May 2025

Alhamdulillah, selesai sesi pembelajaran bersama pelajar-pelajar Kelas Harmoni Mualaf (KHM) di Surau Al-Falah, Kg. Linukaan, Pegawai Outreach KDMRS Muslim telah bersama-sama mereka meraikan sambutan Hari Raya dalam suasana penuh mesra dan ukhuwah.

Majlis ini bukan sekadar jamuan, tetapi satu lambang kasih sayang, penerimaan dan penghargaan kepada saudara-saudara baru kita atas semangat mereka untuk terus belajar dan mendalami ajaran Islam. Suasana ceria jelas terpancar di wajah para pelajar, yang begitu teruja menyambut Syawal bersama komuniti Muslim.

Majlis ringkas ini turut menjadi ruang mempererat silaturahim antara KDMRS Muslim, pelajar KHM dan masyarakat sekitar. Ia melambangkan bahawa tiada siapa yang terpinggir dalam keluarga besar Islam, walau dari latar yang berbeza.

Semoga Allah SWT panjangkan umur kita semua, diberi kesihatan dan kekuatan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan dan Syawal yang akan datang, dalam keadaan lebih baik dan lebih beriman.

 

Date And Time

02/05/2025
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Gandakan Pahala dengan