Bengkel Terjemahan Al-Quran

Bengkel Terjemahan Al-Quran
by
10 10 people viewed this event.

Bengkel Terjemahan Al-Quran

📆 Sabtu | 26 April 2025
📍 Masjid Daerah Putatan

KDMRS Muslim telah menganjurkan Bengkel Terjemahan Al-Quran yang menghimpunkan para penterjemah dari pelbagai latar suku kaum utama Sabah — Kadazan, Dusun, Murut, Rungus dan Sungai.

Bengkel ini menjadi titik tolak kepada usaha menyampaikan mesej suci Al-Quran dalam bahasa ibunda masyarakat pedalaman Sabah, demi memperkukuh kefahaman dan penghayatan Islam yang lebih dekat dan menyentuh jiwa.

Majlis ini turut dihadiri oleh Sahibus Samahah Datuk Ustaz Haji Bungsun Aziz bin Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah, yang juga merupakan penasihat rasmi KDMRS Muslim. Kehadiran beliau memberikan suntikan semangat dan bimbingan kepada seluruh peserta bengkel dalam memastikan terjemahan yang tepat, sahih dan penuh hikmah.

 

Date And Time

26/04/2025
 

Jenis Program

 

Kategori

 

Cawangan

Share With Friends

Scroll to Top

Gandakan Pahala dengan