
Qurban Pedalaman KDMRS Muslim 1446H
Tarikh: 07 Jun 2025
Lokasi: Surau Al-Mukminin, Kampung Seri Menanti, Tenom
Anjuran: KDMRS Muslim
Alhamdulillah, program Qurban Pedalaman KDMRS Muslim 1446H telah berjaya dilaksanakan di Surau Al-Mukminin, Kg. Seri Menanti, Tenom pada 07 Jun 2025. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha KDMRS Muslim untuk menghidupkan syiar Islam melalui ibadah qurban di kawasan pedalaman Sabah, khususnya di kalangan komuniti yang kurang mendapat akses kepada program seumpamanya. Untuk program kali ini, seekor lembu telah dikorbankan, hasil penyertaan tujuh peserta qurban yang telah mewakilkan pelaksanaan ibadah mereka kepada KDMRS Muslim:
Mohd Pakhari
Shaker bin Sheikh Salleh
Salami binti Simon
Mohammad Taib bin Sulaiman
Mohd Hafizan bin Abdul Manan
Nik Nazila binti Nik Ahmad
Abdul Razak bin Idris
Proses penyembelihan, pelapahan dan agihan daging qurban telah dilaksanakan oleh wakil pelaksana KDMRS Muslim dengan kerjasama komuniti kampung. Daging qurban diagihkan kepada penduduk setempat, terutamanya golongan asnaf, warga emas dan keluarga yang memerlukan, sejajar dengan objektif meringankan beban masyarakat pedalaman.
📖 “Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (tanda kesyukuran).”(Surah Al-Kauthar, ayat 2)
KDMRS Muslim ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta qurban atas kepercayaan yang diberikan untuk menguruskan ibadah mulia ini. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan menjadi bekal pahala dan asbab menuju reda serta syurga Allah SWT, insyaAllah.