
Qurban Pedalaman KDMRS Muslim 1446H
Tarikh: 08 Jun 2025
Lokasi: SK Babagon, Penampang, Kota Kinabalu
Anjuran: KDMRS Muslim
Alhamdulillah, program Qurban Pedalaman KDMRS Muslim 1446H telah berlangsung dengan jayanya di SK Babagon, Penampang, Kota Kinabalu pada 08 Jun 2025. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha KDMRS Muslim menyantuni komuniti pedalaman Sabah melalui pelaksanaan ibadah qurban yang menyeluruh dan bersasar, khususnya di kawasan luar bandar. Bagi tahun ini, seekor lembu dan dua ekor kambing telah dikorbankan, hasil penyertaan dan sumbangan para peserta qurban berikut:
Peserta Qurban Bagi Seekor Lembu:
Hielfiqri Syairulhisyam bin Shamsuddin
Shahrul Azhar bin Shamshudin
Ezanizam Mat Soom
Faezatul Akmal binti Hamidi
Haryani binti JumadiAizan Ja’afar
Mohd Azhar bin Yahaya
Peserta Qurban Bagi Dua Ekor Kambing:
Nur Khalilah Humairah binti Rozali
Nur Khawlah binti Rozali
Proses penyembelihan, melapah dan pengagihan daging qurban disempurnakan oleh wakil pelaksana KDMRS Muslim bersama penduduk kampung setempat. Daging qurban telah disalurkan kepada masyarakat yang layak dan memerlukan di kawasan berkenaan, termasuk golongan asnaf dan warga tua.
📖 “Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (tanda kesyukuran).” – Surah Al-Kauthar, ayat 2
Pihak KDMRS Muslim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta qurban 1446H atas amanah dan kepercayaan yang diberikan. Semoga setiap titisan darah qurban menjadi asbab keampunan dan jalan ke syurga, insyaAllah.