Qurban Pedalaman Sabah – Ranau

Qurban Pedalaman Sabah – Ranau
by
17 17 people viewed this event.

Qurban Pedalaman KDMRS Muslim 1446H        
 
Tarikh: 07 Jun 2025
Lokasi: Surau Kampung Magkapoh, Ranau, Sabah
Anjuran: KDMRS Muslim        
 
Alhamdulillah, program Qurban Pedalaman KDMRS Muslim 1446H telah berjaya dilaksanakan di Surau Kg. Magkapoh, Ranau, Sabah pada 07 Jun 2025. Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif KDMRS Muslim untuk melaksanakan ibadah qurban di kawasan pedalaman Sabah, agar manfaatnya dapat dirasai oleh komuniti yang kurang berkemampuan. Bagi program kali ini, seekor lembu telah dikorbankan.          
 
Ibadah qurban kali ini dilaksanakan oleh pihak KDMRS Muslim bagi pihak tujuh peserta qurban yang telah mewakilkan urusan mereka, iaitu:            
 
Ahmad Akmal Yahya
Nik Suryani Nik Abdul Rahman
Nur Afifah Ahmad Kamal
Mukmin Ahmad Kamal
Tasnim Ahmad Kamal
Muhammad Hafeez Ahmad Kamal
Ahmad Fahmi Ahmad Kamal          
 
Proses penyembelihan dan pelapahan daging qurban telah disempurnakan oleh wakil pelaksana KDMRS Muslim yang telah dilantik, dengan kerjasama erat daripada penduduk kampung. Daging qurban telah diagihkan kepada masyarakat setempat, terutamanya golongan asnaf dan mereka yang benar-benar memerlukan.          
 
📖 “Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (tanda kesyukuran).” (Surah Al-Kauthar: 2)          
 
Pihak KDMRS Muslim ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada para peserta qurban atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan. Semoga ibadah qurban 1446H ini diterima oleh Allah SWT dan menjadi sumber keberkatan serta pahala yang berpanjangan untuk semua yang terlibat. 
 

 

Date And Time

07/06/2025 12:00 AM to
07/06/2025 11:30 PM
 

Jenis Program

 

Kategori

Share With Friends

Scroll to Top

Gandakan Pahala dengan