Qurban Pedalaman Sabah – Kudat

Qurban Pedalaman Sabah – Kudat
by
17 17 people viewed this event.

Qurban Pedalaman KDMRS Muslim 1446H / 2025M
 
Tarikh: 09 Jun 2025
Lokasi: Kudat, Sabah
Anjuran: KDMRS Muslim
 
 
Alhamdulillah, program Qurban Pedalaman KDMRS Muslim 1446H telah berjaya dilaksanakan pada 09 Jun 2025 bertempat di Kudat, Sabah. Sebagai usaha menyantuni komuniti Islam di kawasan pedalaman, seekor lembu telah dikorbankan dan dagingnya diagihkan kepada penduduk kampung yang memerlukan.  
Ibadah qurban kali ini dilaksanakan oleh pihak KDMRS Muslim bagi pihak tujuh peserta qurban yang telah mewakilkan urusan mereka, iaitu:  
 

Mohd Radzi bin Haji Othman
Mohd Yusri bin Ali
Muwahhidah Billah binti Sulaiman
Norrizah Azzam El Khatib
Fatimah Muhammad
Engku Rabiah Adawiah

 
Seluruh proses penyembelihan, melapah dan agihan telah dijalankan dengan penuh tertib dan kerjasama daripada penduduk kampung. Program ini bukan sahaja menyempurnakan ibadah qurban, malah mempererat silaturrahim antara masyarakat pedalaman dan pihak pelaksana. KDMRS Muslim merakamkan jutaan terima kasih kepada semua peserta atas kepercayaan yang diberikan. Semoga amalan ini diterima sebagai ibadah yang diberkati dan menjadi bekal menuju akhirat.
 
📖 “Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (tanda kesyukuran).” (Surah Al-Kauthar: 2)
 

 

Date And Time

09/06/2025 12:00 AM to
09/06/2025 11:30 PM
 

Lokasi

 

Jenis Program

 

Kategori

Share With Friends

Scroll to Top

Gandakan Pahala dengan