
đ đđđđđŚ đđđ§đđĽ đŁđđđđđđ đđĄ đđđ đĽđŚ đ đ¨đŚđđđ (đ đđŁ đđđ đĽđŚđ )
.
18 April 2022 (Isnin) | Kg. Babagon, Penampang.
.
Misi Majlis Iftar Pedalaman KDMRS Muslim kini diteruskan lagi dengan meraikan para saudara baru dan asnaf yang berada di sekitar Kg. Babagon, Penampang. Lokasi majlis yang berhampiran dengan sungai memberi peluang kepada para hadirin lelaki untuk mengambil air wuduk menggunakan air sungai.
.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan:
1) Ucapan alu-aluan dan pengenalan mengenai KDMRS Muslim oleh Ustazah Farihah.
2) Tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Zulfiqar.
3) Bacaan doa.
4) Iftar bersama para hadirin.
5) Ucapan & perasmian daripada Tuan Haji Nicholas Sylvester, Pengerusi KDMRS Muslim.
6) Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah.
7) Penyampaian Sumbangan.