Nama adik ini Sarinah. Seorang pelajar cemerlang dan dikhabarkan mendapat rekod keputusan terbaik sepanjang sekolahnya ditubuhkan.
Sarinah daripada keluarga mualaf etnik Sungai yang tinggal jauh di pedalaman Daerah Kecil Paitan Sabah.
Pertama kali kami ke rumahnya menaiki perahu kerana tiada jalan untuk ke kampungnya. Tahun 2021 baru ada jalan gravel. Itupun kalau hujan kereta tidak boleh masuk.
Sedih apabila melihat keadaan rumahnya yang tidak berdinding penuh dan tunggu masa untuk roboh. Tambah pula rumahnya tiada tandas dan bekalan elektrik.
Keluarga Sarinah adalah antara yang terawal memeluk Islam di kampung ini. Namun kehidupan mereka masih susah seperti dipinggirkan.




Kekurangan bukan penghalang kejayaan
Kesusahan hidupnya tidak menghalang untuk mencapai impiannya.
“Cita-cita saya nak jadi doktor”, katanya sambil tersenyum manis.
“Wow, luar biasa ini budak!” bisikan hati saya, tergamam dengan anak pedalaman yang bercita-cita besar.
Sesiapa pun akan rasa sedih melihat budak yang hari-hari berjalan kaki 2km ke sekolah membawa buku-buku yang dibungkus dengan beg plastik beras.
Macam-macam binatang liar boleh dijumpai sepanjang perjalanan ke sekolah. Tambahan pula apabila hujan sangat membahayakan keselamatan dan kesihatan.
Demi untuk membantu keluarganya yang susah, Sarinah terpaksa cari kayu api, kutip sayur dan ambil air dari sungai setiap kali lepas pulang dari sekolah.
Sepanjang PKP juga tidak menjejaskan semangatnya untuk belajar walaupun sekolahnya ditutup. Ayahnya belikan smartphone untuk dia belajar online. Tapi rumahnya tiada line internet membuatkan dia terpaksa mendaki bukit untuk mencari kawasan yang ada internet.
Sebenarnya di pedalaman ini masih banyak mutiara yang belum digilap.




Ujian Buat mereka, Tanggungjawab buat kita
Alhamdulillah kami tidak datang dengan tangan kosong. Kami telah pun mulakan Projek Pembinaan Rumah Mualaf untuk meringankan beban keluarga mualaf ini.
Sesiapa yang melapangkan seorang mukmin daripada kesusahan dunia, maka Allah SWT akan melapangkannya daripada kesusahan di hari Kiamat
HR Muslim
Semoga Sarinah dan keluarganya dirahmati dan berjaya dunia dan akhirat. Allahumma Ameen..
Ustaz Zaqwan
Ajk KDMRS Muslim Cawangan Paitan
Jom bantu Sarinah dan mualaf-mualaf yang lain mencapai impian mereka:
#KongsiRezeki
ATAU boleh salurkan terus ke akaun bank:
๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐จ๐๐จ๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ญ๐๐ก ๐๐จ๐ฆ๐จ๐ก ๐ ๐จ๐ฅ๐จ๐ง ๐ ๐จ๐ฆ๐๐๐ ๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ :
โก๏ธ 8604 4631 00
โก๏ธ CIMB Islamic
Ref: Tabung Dakwah
Email: kdmrs.dana@gmail.com