November 2020

Tokoh Momogun Muslim : Ustazah Nur Syuhadah Maisarah Joanis Abdullah

Untuk minggu ini kami ingin berkongsi pengalaman dan kisah inspirasi seorang lagi tokoh wanita dari komuniti Momogun Muslim. Kisahnya tidak kurang hebat dengan tokoh-tokoh sebelum ini. Wanita yang dimaksudkan adalah Ustazah Nur Syuhadah Maisarah Joanis Abdullah. Beliau dilahirkan di Papar dan seperti kebanyakan ahli keluarganya yang lain, beliau pada mulanya beragama Pagan. Ibubapanya berpisah ketika […]

Tokoh Momogun Muslim : Ustazah Nur Syuhadah Maisarah Joanis Abdullah Read More »

Webinar Bicara Akidah – Akidah dan Saudara Baru

Mari dengarkan rakaman siaran langsung. sesi webinar Akidah dengan tajuk Akidah dan Saudara Baru oleh Tuan Haji Nicholas Sylvester,Ketua Pegawai Eksekutif & Pengerusi Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia selaku jemputan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan “Webinar Bicara Akidah” bersiri. Ponsikou, Kotohuadan, Kounsapatan, Paringkuanangan, Terima Kasih, Thank You, Xie Xie, Nandre..[ Maju, Makmur,

Webinar Bicara Akidah – Akidah dan Saudara Baru Read More »

Kisah Inspirasi : Perjuangan Malcolm X Menuntut Hak Asasi Manusia

Dalam sejarah dunia kontemporari, ramai juga  tokoh agama Islam yang datang dari negara-negara barat. Ini termasuklah Amerika Syarikat, yang terkenal dengan pemikiran terbuka serta kebebasan bersuara penduduknya.   Walaupun begitu ia juga telah melahirkan ramai pejuang agama Islam yang pada mulanya merupakan penganut agama lain. Selain mereka yang berkulit putih, ada juga yang berkulit hitam dan berketurunan Afrika. Salah seorang yang dimaksudkan adalah Malcolm X.  Namun siapakah Malcolm X dan apakah sumbangannya kepada masyarakat Islam secara umum?  Malcolm X sebenarnya dilahirkan dengan nama Malcolm Little pada 19 Mei 1925. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang beragama Kristian di mana ayahnya sendiri merupakan seorang paderi. Ayahnya juga seseorang yang pernah memperjuangkan isu rakyat berkulit hitam dan berketurunan Afrika sewaktu zaman kegemilangan kulit putih di Eropah dan Amerika Syarikat.  Malcolm yang turut terikut dengan ajaran ini membesar dalam keadaan tidak menyukai orang berkulit putih.  Apatah lagi, ayahnya kemudian meninggal dunia sewaktu beliau kecil dan mereka terpaksa berpindah-randah demi keselamatan keluarga mereka ketika itu.  Lebih menyedihkan selepas pemergian ayahnya,  ibunya kemudian menghadapi gangguan mental kerana ditinggalkan seorang lelaki yang tidak mengahwininya dan telah membuntingkannya dengan bayi dalam kandungan.  Gara-gara itu, adik-beradiknya terpaksa ditempatkan di merata tempat, termasuk rumah ahli keluarga lain dan juga rumah keluarga angkat.  Sungguhpun beliau mempunyai prestasi akademik yang bagus, beliau hilang minat terhadap pelajaran selepas diberitahu oleh salah seorang gurunya yang berkulit putih bahawa cita-citanya untuk menjadi peguam merupakan sesuatu yang tidak realistik buat seorang ‘negro’ atau penduduk berkulit hitam.   Ini membuat dirinya beranggapan bahawa dunia kulit putih tidak akan memberikan peluang kepada rakyat berkulit hitam biarpun mereka mempunyai cita-cita tinggi. Gara-gara itu beliau menjadi sedikit liar dan sukar dikawal. Beliau mula terlibat dengan judi, dadah  dan pelbagai jenayah lain sehinggalah beliau tertangkap kerana mencuri dan dihukum penjara sekitar lapan hingga sepuluh tahun.   Sewaktu di penjara beliau berkenalan dengan seorang banduan benama John Bembry yang telah mencetuskan minat mendalamnya untuk membaca. Dan sewaktu itu jugalah, adik-beradik beliau memberitahunya (melalui perutusan surat) tentang sebuah persatuan yang dikenali sebagai Nation of Islam. Abangnya yang telah pun menyertai persatuan itu memberitahu tentang perjuangan persatuan tersebut dan mengajaknya untuk sama-sama turut serta.   Di saat itu, Malcolm bertukar pegangan kepada Islam dan tidak lagi makan babi, minum alkohol atau merokok. Dia kemudian menyertai persatuan itu di bawah bimbingan seorang lelaki bernama Elijah Mohammad. Dia juga menggelar dirinya sebagai Malcolm X kerana ingin membuang nama keluarganya yang menurutnya diberikan oleh keluarga kulit putih yang memperhambakan nenek moyangnya.  Selepas bebas dari penjara, beliau kemudian mula bergerak aktif dalam persatuan tersebut dan mengumpul lebih ramai ahli untuk sama-sama menyertai dan memeluk Islam. Sungguhpun begitu, ideologi persatuan tersebut agak bercanggah dengan Islam sejati kerana mereka menganggap kesemua orang kulit putih adalah jahat. 

Kisah Inspirasi : Perjuangan Malcolm X Menuntut Hak Asasi Manusia Read More »

Tuan Haji Nicholas Sylvester Terima Anugerah Khas Sempena Maulidur Rasul

Biarpun sambutan Maulidur Rasul telah berlalu namun kami berbesar hati ingin berkongsi setiap berita yang positif dan membanggakan acap kali ia membabitkan ahli komuniti Momogun Muslim sendiri. Terbaru pada hari sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia, Tuan Haji Nicholas Sylvester telah sekali lagi mengharumkan nama

Tuan Haji Nicholas Sylvester Terima Anugerah Khas Sempena Maulidur Rasul Read More »

Kuliah Tafsir Al-Quran dalam bahasa etnik Dusun

Mari dengarkan rakaman siaran langsung. sesi Tadabbur , kuliah tafsir Al-Quran dalam Bahasa Dusun oleh Dr Yusof Jasmin @ Joseph Gimbad Rakaman bertarikh: 14/11/2020 Masa: 2 Petang Ponsikou, Kotohuadan, Kounsapatan, Paringkuanangan, Terima Kasih, Thank You, Xie Xie, Nandre..[ Maju, Makmur, Sejahtera Sila layari pautan di bawah untuk video. Gambar dari Unsplash https://fb.watch/1T7oxBOhvl/

Kuliah Tafsir Al-Quran dalam bahasa etnik Dusun Read More »

SAMPEL UJIAN COVID-19 DI SABAH MENINGKAT

Dalam menangani pandemik Covid-19 yang melanda negara, banyak langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan. Di Sabah, di mana jumlah kes terus meningkat, kerajaan telah meningkatkan bilangan sampel ujian Covid-19 untuk cuba membendung penyebaran wabak tersebut. Menurut laporan Berita Sabah, bilangan sampel yang diambil untuk ujian koronavirus (Covid-19) meningkat kepada 25,000 ke 40,000 seminggu pada

SAMPEL UJIAN COVID-19 DI SABAH MENINGKAT Read More »

Mengenali Pakaian Tradisional Kumpulan Etnik di Sabah

Seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak kumpulan etnik di bawah komuniti Momogun Muslim. Dan antaranya adalah bangsa Kadazan dan Dusun. Selain daripada pelbagai jenis makanan yang enak, mereka juga mempunyai pakaian tradisional tersendiri yang unik Busana tradisi suku kaum Kadazan serta dusun kaya dengan ciri-ciri khas mereka. Ini adalah kerana, ia berlainan di antara

Mengenali Pakaian Tradisional Kumpulan Etnik di Sabah Read More »

Kisah Inspirasi : Daripada Cat Stevens ke Yusuf Islam

Menemui hidayah Allah memang merupakan sesuatu yang tidak dapat dijangka oleh mana-mana manusia. Di kalangan ramai tokoh dan personaliti dunia yang berhijrah dari agama lama mereka  ke agama Islam, ada juga mereka yang datang dari golongan artis dan mereka yang terlibat secara langsung dalam dunia hiburan.  Salah seorang bintang yang dimaksudkan adalah Yusuf Islam, yang pada satu ketika dulu dikenali sebagai Cat Stevens. Dilahirkan dengan nama Steven Demetre Georgiou pada 21 Julai 1948 di London, beliau mula dikenali sebagai Cat Stevens sejak tahun 1966 hingga 1978.  Namanya pernah dijulang dalam arena muzik dunia dan beliau telah meraih pelbagai anugerah serta pengiktirafan. Terkenal sebagai seorang pemuzik, penyanyi, dan pencipta lagu, banyak karya ciptaannya yang menjadi siulan pencinta dunia seni pop.  Namun selepas memeluk agama Islam beliau juga dikenali sebagai seorang pendidik, dermawan dan pemeluk agama Islam tersohor yang berbangsa Inggeris.  Perjalanannya menemui Islam juga mempunyai sebuah kisah yang menarik. Menurut beliau, sewaktu bercuti di kota Marrakesh di Maghribi, beliau terpegun mendengar laungan azan dan bertanya apakah laungan tersebut.  Ada seseorang memberitahu beliau bahawa itulah ‘muzik’ buat Tuhan. Dan di situ beliau mula bertanya pada dirinya sendiri. Muzik Buat Tuhan? Selama ini muzik yang beliau kenali hanyalah muzik untuk wang, populariti dan kuasa tapi bukan muzik untuk Tuhan.    Pada tahun 1976, Stevens hampir lemas di perairan Malibu, di California, Amerika Syarikat, kemudian dia menjerit sambil berkata : “Oh, Tuhan! Jika Kau menyelamatkan aku, aku akan bekerja untuk mu.” Menurut beliau, selepas itu ombak muncul dan membawanya ke tepi pantai. Ini menguatkan pencariannya untuk menemui iman sejati. Beliau meneliti agama Buddha, ajaran Zen, I Ching, numerologi, kad tilik dan juga astrologi. Abangnya David Gordon yang baru memeluk agama Yahudi memberikannya salinan 

Kisah Inspirasi : Daripada Cat Stevens ke Yusuf Islam Read More »

Tokoh Momogun Muslim : Ustazah Nooraidah Hidayah Dakun Abdullah

Sejak bertambahnya jumlah penganut agama Islam di kalangan komuniti Momogun, ramai di kalangan mereka yang telah membantu mencorakkan lagi kejayaan serta pembangunan masyarakat ini. Selain daripada golongan Adam, kaum Hawa Momogun Muslim tidak ketinggalan memainkan peranan. Di antara para wanita yang telah menyumbang kepada kemajuan kumpulan ini adalah Ustazah Nooraidah Hidayah Dakun Abdullah. Dilahirkan di

Tokoh Momogun Muslim : Ustazah Nooraidah Hidayah Dakun Abdullah Read More »

Scroll to Top